SUPPORTERS

Sunday 23 December 2012

shopping + fitrah kasih


Assalamualaikum

Hahahahahhahahahahahhahahahhahahahahahhahahhahha ... !!! STOP ! kang tak pasal pasal kena terajang dengan Aaron Aziz sebab gelak setan non stop . *merepek sekejap*

Lena di pagi nan indah lagi nyaman dispoiledkan oleh si gendut comel shuda , roomate aku yang sedang asyik terpekik terlolong sambil melaungkan bahawa duit pt (PTPTN) dah masuk . HOOREYY !! spontan dalam kepala hotak aku dok pasang angan angan mat jenin  yang menggila konon nak shopping kasut , baju bagai .. haishhhhh .. Dunia !

Actually plan aku pagi ni *semalam* memang nak bangun awal sebab ada misi yang nak dilaksanakan bersama si ketot k.aten . kami nak pergi shopping kat melaka dengan abang besar wan *kawan k.aten*. Hmm .. time dok pilih nak pakai baju apa hari tu pun dah berejam . Mana taknya aku nak pakai baju warna putih , k.aten tak bagi . Sebabnya dia dengan wan awal awal lagi dah plan nak pakai sedondon warna biru hari tu .. Biru ?? Oh no ! aku mana ada banyak baju warna biru . hitam belambak la . Sapa suruh memandai mandai plan senyap senyap tanpa pengetahuan aku kan . huargghh ! Tidak semena mena k.aten suggest kat aku suruh aku pakai kemeja jeans biru aku .. hmm . bukan aku taknak pakai .. seriously aku sayang gila baju tu . Tapi aku tak suka pakai baju tu sebab baju tu boleh membuatkan badan aku nampak berisi ! hahahah . so , nak tak nak pakai jela . demi tak nak spoiled kan mood baik kami bertiga .

Lebih kurang dalam pukul 9.40 , abang besar wan dah terpacak depan rumah sewa aku bersama saga putihnya . Sebaik sahaja aku ngan k.aten membolos perut kereta , tayar dia terus bergolek meninggalkan Batu Caves dan menuju Bandaraya Bersejarah Melaka . *fuyooh ! konfem cikgu bm aku tersenyum bangga bila baca ayat cemerlang pelajar terbaik dia .. heheee*

Sepanjang perjalanan aku banyak diam ja . Nothing interesting pun yang disembangkan . K.aten dengan wan ja dok rancak menyembang dan bergelak ketawa . Almaklumlah , dah lama tak jumpa . so banyakla topik topik yang dah bersarang yang nak diceritakan . Aku malas nak menyampuk . So daripada aku dok buang masa merenung ke luar jendela better aku manjakan mata aku yang sememangnya kurang kasih sayang ni . krohhhhh krihhh krohhhh krihhhh

Tempat first yang kami serbu Jaya jusco kat tengah tengah bandaraya . tanpa melengahkan masa aku ngan k.aten pun jalan pecut sambil mata melilau cari mesin atm nak cash out . Yela , tak sabar kot nak shopping . Kebetulan aku pulak memang dah lama admire kasut kat Cartino Sonea !! Malang tidah berbau ... DUIT PT AKU TAK MASUK LAGI !! Rasa macam nak buat sit up sejuta kali ja kat tengah tengah JJ tu . Tension + Frust menonggeng tu jangan tanya lah .. hampeh !

Akan tetapi disebabkan aku ni jenis yang takkan berputus asa dan seorang yang sangat beriya , apa yang aku aim . Aku tetap nak jugak ! jyeahh !! dah lama kot aku mengidam nak pakai kasut yang ada heel tinggi sikit . hee .. yela , aku ni kan seorang yang kechik molek . Sesungguhnya aku sedar sapa aku . 

Now aku ringkaskan cerita la .. *jenuh aku nak cerita banyak*.

Time tengah dok cari kot untuk k.aten , afiq call aku tanya aku kat mana .. act , memang aku nak jumpa dia pun . Dah alang alang aku nak mai melaka kan .. lagipun kami dah lama kot tak bersua muka .. Bila dah ketemu , aku pun tayang la gigi pusaka aku kat dia .. HAHA

Kebetulan aku pun dah tak rasa nak shopping sangat aku pun ajak la afiq pi cari port nak bersembang . Mula mula kami nak pi minum kat food court . Akan tetapi , MasyaAllah ! ramainya manusia !! huh ! tak boleh jadi . So , kami decide nak makan kat papa john jela sebab kat situ tenang sikit . tak la bising sangat . Lagipun kami berdua tak pernah makan kat pun kat situ .

Tapi kami tak banyak sembang berdua pun sebab ada orang ketiga ! HAHA . afiq call Noq . Dia buat sejam seringgit . adoyaii . jenuh aku dok melayan si Noq tu .. hahah .. rindu gila kat hang noq .. ! sakan aku ngan afiq dok bertukaq tukaq fon . Noq punya pasai , semua boleh . makan pun tak habis . bungkus ! Kesian kat afiq . aku dok buli dia tak bagi balik . Yela , sat sangat jumpa . mana puas . Dia mai pukul 3 lebih . Pukul 4.30 dia nak balik dah sebab nak kena masuk keja pukul  5 . Jenuh dia dok melayan aku punya kerenah yang menggila la sawan ni . Time dia dah nak balik aku panggil k.aten la suruh snap gambaq aku ngan afiq sebagai kenangan .. *acewaah .. ayat tak boleh blah !*.  Btw , Tq la sebab sudi datang ye afiq .

Then , aku , k.aten , ngan wan pun mula la mengatur langkah keluar dar JJ .. Kami tak balik KL terus . kami pi singgah rumah mak angkat k.aten kat masjid tanah . Lepas makan , mandi , sembahyang , baru kami balik KL . Dalam pukul 10 baru kami sampai rumah . TQ wan sebab sudi jadi drebar dan bodyguard serta pemandu pelancong kami selama sehari . Jasamu dikenang !




Ruangan sejenak = Aku sayang sangat semua kawan-kawan aku .. !!

Monday 10 December 2012

REMAJA dan CINTA ♥♥♥

Assalamualaikum ..

Berbekalkan mata ampa yang baru lepas menghadap title untuk post aku kali ni dah cukup melambangkan betapa jiwangnya aku kan ?? HAHA .. jangan mimpilah . aku buat post ni pun sebab aku rasa kebanyakan pembaca blog aku ni semuanya still remaja dan masih dalam usia untuk mengenal apa itu cinta *acewahh .. ayat memang tak boleh blah* So, kebetulan pulak tadi time tengah melayan blog-blog , aku terbaca artikel yang sangat menarik bagi aku . Tapi kalau bagi ampa tak menarik , suka hatila .. kisah pulak aku kan ..
Okei aku just copy paste and edit sikit sikit je ayat dalam artikel tu . Yela aku ni bukan nya ambik bidang sastera pun yang nak terror sangat buat ayat sweet sweet ni . tambah tambah bab cintan cintun . 
Dengan segala hormatnya , dipersilakan baca .

***********************************************

Cinta ketika remaja , adakah ia perlu , harus atau tidak ? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan tahu bagaimana untuk mengawal perasaan cinta itu ?

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan terutamanya bagi golongan remaja . Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka .

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama sesama bercinta . Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik . 

Ramai pasangan yang melafazkan cinta , tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta . Alam percintaan sememangnya indah , bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta , dunia ini ibarat mereka yang punya * bak kata orang kentut pun wangi macam downy. kihkihkih*

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin . Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak akan membawa kepada kekecewaan .

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi manakala bagi lelaki pula cinta adalah suatu peristiwa atau suatu kejadian dan bukannya emosi . Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung . Oleh itu bagi lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita , maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa .

Oleh sebab itu , lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita , tidak kiralah melalui apa sekalipun , sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri , ikatan tali pertunangan , mahupun melalui pernikahan , maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut sebut lagi .

Berlainan pula dengan wanita mereka mahu sentiasa mendengar kata kata belaian kasih dibisikkan di telinga mereka walaupun beribu kali dalam sehari . Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah 'Cinta' bagi lelaki dan wanita . 


Ruangan sejenak - Even aku dah berapa bulan single boleh je hidup . So rasanya tak perlulah kot nak bercinta tambah tambah buat adik adik yang still kat bangku sekolah tu . Fokus study dulu ye sayang 

Thursday 6 December 2012

BOOM BOOM !!

Assalamualaikum ...

Memandangkan sekarang ni musim tak menentu , kejap hujan kejap panas . Rutin harian aku just pergi and balik kolej . Mengadap lappy tanpa mengenal erti jemu . Serta beramah mesra dengan housemate aku yang disayangi lagi dicintai ini .. huhuhu :) Senang cerita aku tak hang out mana mana la . Just manjakan diri di rumah je .

So disebabkan itulah aku mengisi masa lapang aku yang tengah terluang tu dengan menonton cerita and movie best best . Antaranya termasuklah cerita yang tengah meletop BOOM BOOM sekarang - Istanbul Aku Datang . Gandingan pelakon hebat - Tomok - Lisa Surihani - Beto Kusyairi -


Seriously comel tahap maksimum la watak si Lisa dalam cerita ni . Dah la Lisa tu memang dah comel . Bila dah buat muka bagai lagi comel plus plus la muka dia ... Lisa punya dressing dalam IAD pun tersangatla comel !! huhu .. Tomok pulak aku memang peminat dia . Tapi aku paling tak suka watak dia dalam cerita ni . Menyampah aku . Tambah tambah kat part ni .. Memang la nampak sweet tapi ...^#@&$


Lain pulak dengan watak si Beto tu . Even watak dia nampak selekeh dalam IAD , tapi dia baik . Aku suka . Best kalau dapat kawan yang understanding macam tu . :)
BTW aku suka movie ni . Tahniah Grand Brilliant atas penghasilan movie yang sangat awesome ! :)

*aku suka tengok blog Lisa dalam IAD . Seriously cantik and sangat comel !!

Friday 30 November 2012

ITIK PALING DISAYANGI - QUEK QUEK ! (°∀°)

Assalamualaikum ...

Ring din dong ring din dong . cuti sem pun dah mula pakai kasut tanda dia nak pergi dah . so , sebelum aku jadi lebih busy dan terpaksa biarkan lipas buat sarang dalam blog aku ni , better aku muntahkan habis habis story aku yang melambak dan menggunung kat blog ni . Euu .. jijik je bunyi dia kan ? Acewah .. kalau ampa telan muntah aku ni , sapa yang takdak sixpack tu pun boleh jadi ada . tak kira laki atau perempuan . HAHA . jangan main main taw ..Ampa ingat best sangat ka , kelakar sangat ka cerita psai muntah ni haa ?? :P

Kebetulan member aku yang pendek lagi berbibir besar serta  mempunyai gigi unik serupa itik quek quek ni dok ugut suruh aku buat post speacial untuk dia . Kononnya kalau aku x buat post pasai dia , dia tamaw buka blog aku .. HAHA .. apa apa jela noq oiii .. Untuk hang aku sanggup la . hang tak payah suroh pun memang aku nak buat sebenaqnya . So , don worry na sayang .. Aku cuma nak hang dok diam diam depan laptop sambil mata hang baca satu persatu pasai apa yang aku cuba nak sampaikan ni . okei ? °)

FATIN NUR BINTI ZULKIPLI
Haa .. ini lah dia ratu hati aku yang aku dok sembang tadi . Dia ni la . Amacam ? Ada tak macam rupa pelakon Wan Maimunah ? Haha . Semua orang panggil dia Fatin . Scandal dia time sekolah dulu ja panggil dia Nur . Mentang mentang time tu tengah famous cerita Nur Kasih kan . Adam - Nur .. HAHA  .. tapi aku lain . aku speacial sikit . Sebabnya aku sorang ja panggil dia Noq . saja boh nama kampung sebab Noq ni suka berlagak DIVA .. hahah ..

Time study kat Smtsp2 dulu , Noq ni antara member yang aku rapat . kami kamceng gila sebab otak kami sama  . Senang cerita kami ni 1 kepala . Keja dok buat gila . Perangai Noq paling ketara yang buat aku suka nak tergelak kat dia adalah Pulon . HAHA . noq . noq .. Satu lagi yang ampa kena taw , Noq ni stai slamber yaa yaa kau berpura pura .  Sebab tu ramai orang syoq kat dia .. Semua orang dia kawan . Tak kira la hang segak ke tak , stai ke tak , baik ka nakai ka , semua dia balun . Termasuk la aku yang yang lurus bendul lagi mempunyai sederet gigi pusaka yang besaq lagi menyerlah ini .. Huehuehue

Tapi la ni , kami jarang contact sebab kami ni dah macam Datin Rosmah . Busy memanjang . Tambah tambah si Noq ni . Bila text dengan aku ja mesti ada ja keja dia dok tengah buat .

✈ fetty , aku busy ni . dok buat assignment . belambak .
✈ aku ada kat luaq ni . Teman member aku beli kasut .

Dan banyak lagi . tak larat aku nak taip banyak banyak . tapi takpa .. aku tak kisah semua tu Noq oii .. Ini adalah kerana sesungguhnya aku adalah seorang kawan mithali yang sentiasa memahami keadaan kawan baiknya .. acewwah . Ada rasa macam nak patah gigi dak baca pengakuan poyo aku ni ?? Eh ,lantaklah , kisah pulak aku kan ?  ˚\ HAHA ( maaf . sedikit kejam di situ ye )

Tapi macam mana pun , aku dengan Noq still bestfriend sampai ke hari ni .. 
* Noq , aku nak mintak maaf kat hang  sebab aku dah sayang gila gila kat hang . dah la sayang , rindu tahap dewa pulak kat hang .. Haishh .. payah !

Noq , mesti hang dok tengah qenyeh kan sambil baca post aku yang special ni ?? HIHI

Thursday 29 November 2012

MUHAMMAD SYAHMI B MUSTAPA ✿ܓ

Assalamualaikum ..

Hari ini aku bukan nak bercerita tentang drama Ombak Rindu ke , Lagenda Budak Setan ke apa . tapi aku nak bercerita pasai kawan baik aku . Syahmi . Yes , Syahmi nama dia . Amboi ampa tengok gambaq aku dengan dia kat atas ni , jangan dok pikiaq bukan2 naa . Hamboi ! satgi aku gigit jugak mata ampa guna gigi pusaka aku ni . Tak pasai pasai buta . Padan Muka !! HAHA

Syahmi ni sebenaqnya EX bestfriend aku , NOQ . Haa , dalam kepala otak ampa tu mula la nak pikiaq aku jahat kan .. Terpulang la kat ampa . Noq sendiri tak kisah . So , ampa tu sapa nak kisah kan .. huehuhe ..
Kalau tak silap aku , kami start rapat lepas dia mai openhouse kat uma aku raya hari tu . Syami ni serius baik  ! Dah la baik , caring pulak tu ! Wa tak tipu lu lah . Walaupun orang dok kata aku ni lurus bendul , dia tak penah kisah pun semua tu .. Dia still sanggup kawan dengan aku .

Kalau on9 , aku selalu chat dengan dia la . dok bercerita , gosip bagai . Kadang kadang kami webcam . Tapi laptop syahmi tu gelong . mesti tak boleh nak dengaq suara . So , terpaksalah bersembang antara pekak dan bisu . HAHA ! syahmi , hang mesti nak tau kan kenapa aku dok gelak sakan time kita webcam malam tadi  .. ?? Jeng . jeng .. jeng .. Sebabnya tetiba aku tengok muka hang macam Fauzi Nawawi versi muda .!! KAHKAHKAH !!  Syahmi selalu kata aku ni suka jual mahal .. *Syahmi oii , berapa kali la aku nak habaq kat hang .. Aku bukan jual mahal la . Cuma aku tak suka .  Lagipun aku ni kan jenis yang tadak perasaan . kesian kat orang yang ada perasaan tu . Nanti tak pasai pasai merana ! HAHA *

Baru-baru ni aku ada banyak problem . Dia sanggup mai uma aku semata-mata nak dengaq cerita aku , problem aku . Dia la member lelaki first yang berani datang uma aku sorang sorang . Dia rilex ja dengan family aku . Tak takut lansung . Aku ja yang dok tak sedap perut . Takut family aku marah . Yela , depa kata tak manis orang tengok . Kesian syahmi . Penat layan aku . Aku ja banyak cakap . Dia banyak dengaq ja .. Paling aku nak tergelak , dia tak sanggup nak habaq kat aku yang dia nak balik dah . Tapi last last aku sendiri yang suroh dia balik . Mana tak nya , hari dah gelap . Syahmi ... Syahmi ...

Syahmi 
✈ aku taw , hang mesti dok tengah baca kan blog aku ni . hehe :)
 ✈ aku cuma nak habaq kat hang aku seronok dapat kawan yang baik plus plus macam hang ni ! ☼.☼
✈ Tq sebab sudi kawan dengan aku yang gelong ni .
✈ Sori la kalau apa yang aku dok mengusik or melawak dengan hang , ada buat hang terasa hati and kecik hati .

✈ Sori sebab aku curi gambaq hang . aku tak dan nak mintak izin . hang dah kalut nak pi makan and solat jumaat .. HAHA

Pontianak Vs Orang Minyak

Assalamualaikum ..

Hai awak semua . pehabaq ? sehat dak ? tak sihat pi telan ubat na . :)
Okei . Confirm ampa dah baca kan title entry aku untuk kali ini . Boleh kata semua orang dah taw Pontianak Vs Orang Minyak yang dilakonkan oleh Nabil and Johan ni memang syioq kan . Tahniah Ismail Holdings and Afdlin Shauki sebab dapat menghasilkan something yang best .. SIAPA LAGI HORROR ??

Luar pendinding jangan jalan . Dalam pendinding boleh jalan . ˙❀‿❀˙


Like This yo Like This !

Assalamualaikum ..

Like this yoo Like this !! Haha .. penah dengaq dak lagu ni ?? ala .. sapa minat korea confirm taw .. wondergirls yang nyanyi ... comel !! 

Okei sebenaqnya gosip aku untuk entry kali ni tadak kena mengena pun dengan lagu tu .. saja ja buat gimik ! HAHA ..(maaf , poyo sebentar) .. Actually aku cuma nak share dengan hampa pasai apa yang aku buat time cuti sem baru ni ...

Mula2 aku balik rumah nenek aku kat kedah sebab umi dok busy marking paper . So malas la nak kacau dia . Nanti2 la aku balik Perlis . Tup ..tup tak sampai dua hari aku kat kedah , umi suruh aku balik perlis pagi tu jugak . Dengan tataw apa2 , aku pun pi la sana naik bas . (keadaan aku time tu boleh dikatakan bingung jugak la ) .Umi ambik aku kat Aloq Staq sebab bas nak pi Kangaq habes .. Tup ..tup jugak umi bawak aku pi pejabat imigresen . nak buat pasport .. rupa-rupanya umi nak bawa kau pi holiday kat Phuket !! hooreyy !
Tapi aku tak boleh nak buat pasport sebab ramai sangat hari .. ofis pun dah nak tutup . So , aku pun buat jela border pass . Nak buat border pass pun problem jugak sebab aku bukan anak kelahiran Perlis .. Tambah pulak IC aku alamat Sabah .. pulak ! Merayu punya merayu  lepas la jugak .. Alhamdulillah ..

Malam esok tu kami pun pi la sana ... Rupanya tempat keja umi time kat penang dulu buat rombongan - Pusat Kokurikulum Pulau Pinang (PULAKOPP) - Aku sorang ja gadis kat situ .. Yang lain semua dah ada family . So sepanjang kat sana , aku berkawan dengan orang2 'berpengalaman' jela .. :D

seronok jugak kat sana .. Aku paling syoq time makan dengan shopping !! best makanan kat sana sebab kebanyakan pedas ! muahh .. mamamiya !! Shopping pulak syoq sebab murah ! boleh tawaq gila-gila !!! kami p sana 3 hari 3 malam . Malam first yang kami gerak , kami terus pi ke phuket . so , tidoq dalam bas jelas malam first tu . Then dok kat Phuket 1 malam , kat hatyai 1 malam ..
Malas nak upload gambaq banyak-banyak . maaf ye :3
Kilang gajus .           
Umi , I love u so much ! <3
Floating market
kat restoran apa tataw . ta ingat . tapi seafood dia memg class la !!
       
Okei , before naik bot , kita snap dulu . peace !
Pantai Patong
Awcakk !! hehe
Welcome  back to Malaysia :)

Say Godbye to 'holiday'

Assalamualaikum ...

Okei . first , before aku nak start bergosip dengan ampa , meh tolong aku cuci sat habuk yg dok bersarang kat blog ni . Almaklum lah kan .. dah lama tinggai . Nak kata busy , bolehla ... 
Ha , moh kita .. fuang ! fuang ! Fuh ! habis segala spesies labah-labah dok bersenang lenang buat sarang kat blog aku ni .. HUH ! tapi takpa ,, aku maafkan depa .. acewwah ! HAHA
Okei , bukak mata besaq2 . baca title entry aku untuk kali ni .. Ha , tedia . ! Warga IIC , moh kita ramai2 say goodbye kat holiday kita ... and then say welcome kat sem baru .. huhu .. haishh . sirius ! tak puas kot cuti .Rasa sat sangat .. Sedangkan cuti sem kali ni paling lama . before ni 2 minggu ja paling lama . tapi kali ni 3 minggu . upgrade sikit !! huehuhe

Okei , semoga azam baru aku untuk sem ni tercapai ! :) ha ?? ouhhh .. mana boleh habaq apa azam aku .. secret la .. heheh :)
okei .. happy November !

Friday 19 October 2012

MENAWAN BUKIT TABUR ♫♪˙❤‿❤˙♫♪

Assalamualaikum .....


30SEPT2012 .. 
antara tarikh paling best sepanjang hidup aku ..
Aku berjaya panjat BUKIT TABUR !! (◕‿◕✿)

TQ so much untuk abg arep sebab tolong kami sampai ke puncak .. Tq jugak kat tuan , abg budi n abg abu yang sedi bawak kami pi sana . 
Akhirnya , dapat jugak kami tengok sunrise .. ! 



berehat sebentar ....
pose dulu !
jangan tanya kenapa pic ni nmpak pelik sikit .. heheh
horey ! horey !
ingin ku capai tapi x sampai .. HAHAH
menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
KAMI .....
hanya kami yang bertahan sampai ke puncak :)
TAHNIAH ! HOREY !!

Tuesday 2 October 2012

CAMP BACK TO SCHOOL (。◕‿◕。)

Assalamualaikum wahai sahabat ~

21 SEPT - 22 SEPT 2012 baru2 ni aku join camping kat sungai congkak, hulu langat ! Fuh , sirius aku rindu dengan semua2 ni .. camp ni under abang2 yang sangat berwibawa . FOC kot ! heheh :D
dah lama kot aku x pi camping .. buat benda2 lasak macam ni ..
Even camp tu just 1malam ja , aku still happy 

sebab apa ?? ni dia nak habaq mai ~
✈ camp ni memang santai habes .. 
✈ lansung xdak istilah on time ..
✈ abang2 yang sangat sporting
✈ makan sedap2
✈ aktiviti best2
✈ tempat dia cantik sangat !!


relax jap depan kemah aku .. SANTAI HABES !

Time nak bahagi group .. aku dapat Group HIJAU !


redah arus sungai yang sedang menggila .. ayaq pasang kot ! 

muka still hepy even penat baru lepas redah arus sungai ..

woottt .. gambaq mahai ! aku masak kot ! HEHE

LOCK THIS MEMORY ! pelik tapi benar .. makan malam lapik atas plastik sampah  :D

Group Hijau tengah get ready nak perfom lagu hindustan ! 

malam AL GHAIBU ! hahah

muka comot ! ini barula TENTERA ! 
Ready nak p abselling .. ntah aku pun x reti nak eja .. HAHA

senaman 6 JAHANAM :D

Monday 10 September 2012

⊙﹏⊙ LUMRAH STUDENT ⊙﹏⊙

Assalamualaikum ...

Hmm ,, dah tak taw nak ngadu kat sapa da .. aku tulis jela kt blog nie ... 
Lately , Aku penat sangat2 taw dak ??? Assignment bertimbun .. Semua nya nak kena siap 1 masa .. Aku bukan nya robot ... Kalaw simple2 ja xpa .. Ne stai semua nak kena ada idea kreatif .. cipta lagu la apa bagai ... haishhh ... Aku bukan komposer .. Kalaw lagu2 macam yang kita dok dengaq kat radio xpa la .. tapi yang ni stai semua kena buat lagu untuk budak2 ... adeeeii beribu kali adeiiii ... !! HUAARGGHHH ...
tapi takpa ,, sebagai student berprestij ,, aku kena bantai ja semua .. buat habis baik .. !!
takmaw dok cipta alasan apa bagai !!! 
GO ! GO ! GO !


Sunday 9 September 2012

RAYA 2012

HAI ... salam lebaran semua ...
aku nak mintak maaf la kat sapa2 yang aku penah buat salah kat dia ...
raya tahun ni memang syoq gila even penat ...
dari hari raya first sampai ke 4 punya buat openhouse ..
Tq buat semua kawan2 yang sudi mai ... ada yang datang dari jauh pun ada .. tq ..
banyak gambaq yg hilang ... yang ni ja tinggai ...

my happy family
di pagi raya
saya yang rajen

lari sat p openhouse meor -- raya ke3

with syahmi ..

with abah afiq 

The best iftar

Tahun ni tahun last aku n senior2 aku puasa sama2 ...
lepas ni aku akan kehilangan senior2 yang baik2 + cantik2 + cerdik2 belaka ...
So , kami decide nak iftar ramai2 kt mcd sri gombak ...
kami punya snap gambaq macam mcd 2 kami yg punya .. HAHAH
i'll miss u all guys ! <3

kat bawah ni gambaq2 kami .. actually ada banyak lagi .. tp tak dan nak upload semua ... jangan terasa la na ..  :D


5 dara pingitan

me and kak faizah

penduduk rumah b , teratak azizah

me and kak syada

with kak zara