SUPPORTERS

Sunday 23 December 2012

shopping + fitrah kasih


Assalamualaikum

Hahahahahhahahahahahhahahahhahahahahahhahahhahha ... !!! STOP ! kang tak pasal pasal kena terajang dengan Aaron Aziz sebab gelak setan non stop . *merepek sekejap*

Lena di pagi nan indah lagi nyaman dispoiledkan oleh si gendut comel shuda , roomate aku yang sedang asyik terpekik terlolong sambil melaungkan bahawa duit pt (PTPTN) dah masuk . HOOREYY !! spontan dalam kepala hotak aku dok pasang angan angan mat jenin  yang menggila konon nak shopping kasut , baju bagai .. haishhhhh .. Dunia !

Actually plan aku pagi ni *semalam* memang nak bangun awal sebab ada misi yang nak dilaksanakan bersama si ketot k.aten . kami nak pergi shopping kat melaka dengan abang besar wan *kawan k.aten*. Hmm .. time dok pilih nak pakai baju apa hari tu pun dah berejam . Mana taknya aku nak pakai baju warna putih , k.aten tak bagi . Sebabnya dia dengan wan awal awal lagi dah plan nak pakai sedondon warna biru hari tu .. Biru ?? Oh no ! aku mana ada banyak baju warna biru . hitam belambak la . Sapa suruh memandai mandai plan senyap senyap tanpa pengetahuan aku kan . huargghh ! Tidak semena mena k.aten suggest kat aku suruh aku pakai kemeja jeans biru aku .. hmm . bukan aku taknak pakai .. seriously aku sayang gila baju tu . Tapi aku tak suka pakai baju tu sebab baju tu boleh membuatkan badan aku nampak berisi ! hahahah . so , nak tak nak pakai jela . demi tak nak spoiled kan mood baik kami bertiga .

Lebih kurang dalam pukul 9.40 , abang besar wan dah terpacak depan rumah sewa aku bersama saga putihnya . Sebaik sahaja aku ngan k.aten membolos perut kereta , tayar dia terus bergolek meninggalkan Batu Caves dan menuju Bandaraya Bersejarah Melaka . *fuyooh ! konfem cikgu bm aku tersenyum bangga bila baca ayat cemerlang pelajar terbaik dia .. heheee*

Sepanjang perjalanan aku banyak diam ja . Nothing interesting pun yang disembangkan . K.aten dengan wan ja dok rancak menyembang dan bergelak ketawa . Almaklumlah , dah lama tak jumpa . so banyakla topik topik yang dah bersarang yang nak diceritakan . Aku malas nak menyampuk . So daripada aku dok buang masa merenung ke luar jendela better aku manjakan mata aku yang sememangnya kurang kasih sayang ni . krohhhhh krihhh krohhhh krihhhh

Tempat first yang kami serbu Jaya jusco kat tengah tengah bandaraya . tanpa melengahkan masa aku ngan k.aten pun jalan pecut sambil mata melilau cari mesin atm nak cash out . Yela , tak sabar kot nak shopping . Kebetulan aku pulak memang dah lama admire kasut kat Cartino Sonea !! Malang tidah berbau ... DUIT PT AKU TAK MASUK LAGI !! Rasa macam nak buat sit up sejuta kali ja kat tengah tengah JJ tu . Tension + Frust menonggeng tu jangan tanya lah .. hampeh !

Akan tetapi disebabkan aku ni jenis yang takkan berputus asa dan seorang yang sangat beriya , apa yang aku aim . Aku tetap nak jugak ! jyeahh !! dah lama kot aku mengidam nak pakai kasut yang ada heel tinggi sikit . hee .. yela , aku ni kan seorang yang kechik molek . Sesungguhnya aku sedar sapa aku . 

Now aku ringkaskan cerita la .. *jenuh aku nak cerita banyak*.

Time tengah dok cari kot untuk k.aten , afiq call aku tanya aku kat mana .. act , memang aku nak jumpa dia pun . Dah alang alang aku nak mai melaka kan .. lagipun kami dah lama kot tak bersua muka .. Bila dah ketemu , aku pun tayang la gigi pusaka aku kat dia .. HAHA

Kebetulan aku pun dah tak rasa nak shopping sangat aku pun ajak la afiq pi cari port nak bersembang . Mula mula kami nak pi minum kat food court . Akan tetapi , MasyaAllah ! ramainya manusia !! huh ! tak boleh jadi . So , kami decide nak makan kat papa john jela sebab kat situ tenang sikit . tak la bising sangat . Lagipun kami berdua tak pernah makan kat pun kat situ .

Tapi kami tak banyak sembang berdua pun sebab ada orang ketiga ! HAHA . afiq call Noq . Dia buat sejam seringgit . adoyaii . jenuh aku dok melayan si Noq tu .. hahah .. rindu gila kat hang noq .. ! sakan aku ngan afiq dok bertukaq tukaq fon . Noq punya pasai , semua boleh . makan pun tak habis . bungkus ! Kesian kat afiq . aku dok buli dia tak bagi balik . Yela , sat sangat jumpa . mana puas . Dia mai pukul 3 lebih . Pukul 4.30 dia nak balik dah sebab nak kena masuk keja pukul  5 . Jenuh dia dok melayan aku punya kerenah yang menggila la sawan ni . Time dia dah nak balik aku panggil k.aten la suruh snap gambaq aku ngan afiq sebagai kenangan .. *acewaah .. ayat tak boleh blah !*.  Btw , Tq la sebab sudi datang ye afiq .

Then , aku , k.aten , ngan wan pun mula la mengatur langkah keluar dar JJ .. Kami tak balik KL terus . kami pi singgah rumah mak angkat k.aten kat masjid tanah . Lepas makan , mandi , sembahyang , baru kami balik KL . Dalam pukul 10 baru kami sampai rumah . TQ wan sebab sudi jadi drebar dan bodyguard serta pemandu pelancong kami selama sehari . Jasamu dikenang !




Ruangan sejenak = Aku sayang sangat semua kawan-kawan aku .. !!

Monday 10 December 2012

REMAJA dan CINTA ♥♥♥

Assalamualaikum ..

Berbekalkan mata ampa yang baru lepas menghadap title untuk post aku kali ni dah cukup melambangkan betapa jiwangnya aku kan ?? HAHA .. jangan mimpilah . aku buat post ni pun sebab aku rasa kebanyakan pembaca blog aku ni semuanya still remaja dan masih dalam usia untuk mengenal apa itu cinta *acewahh .. ayat memang tak boleh blah* So, kebetulan pulak tadi time tengah melayan blog-blog , aku terbaca artikel yang sangat menarik bagi aku . Tapi kalau bagi ampa tak menarik , suka hatila .. kisah pulak aku kan ..
Okei aku just copy paste and edit sikit sikit je ayat dalam artikel tu . Yela aku ni bukan nya ambik bidang sastera pun yang nak terror sangat buat ayat sweet sweet ni . tambah tambah bab cintan cintun . 
Dengan segala hormatnya , dipersilakan baca .

***********************************************

Cinta ketika remaja , adakah ia perlu , harus atau tidak ? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan tahu bagaimana untuk mengawal perasaan cinta itu ?

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan terutamanya bagi golongan remaja . Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka .

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama sesama bercinta . Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik . 

Ramai pasangan yang melafazkan cinta , tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta . Alam percintaan sememangnya indah , bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta , dunia ini ibarat mereka yang punya * bak kata orang kentut pun wangi macam downy. kihkihkih*

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin . Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak akan membawa kepada kekecewaan .

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi manakala bagi lelaki pula cinta adalah suatu peristiwa atau suatu kejadian dan bukannya emosi . Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung . Oleh itu bagi lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita , maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa .

Oleh sebab itu , lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita , tidak kiralah melalui apa sekalipun , sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri , ikatan tali pertunangan , mahupun melalui pernikahan , maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut sebut lagi .

Berlainan pula dengan wanita mereka mahu sentiasa mendengar kata kata belaian kasih dibisikkan di telinga mereka walaupun beribu kali dalam sehari . Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah 'Cinta' bagi lelaki dan wanita . 


Ruangan sejenak - Even aku dah berapa bulan single boleh je hidup . So rasanya tak perlulah kot nak bercinta tambah tambah buat adik adik yang still kat bangku sekolah tu . Fokus study dulu ye sayang 

Thursday 6 December 2012

BOOM BOOM !!

Assalamualaikum ...

Memandangkan sekarang ni musim tak menentu , kejap hujan kejap panas . Rutin harian aku just pergi and balik kolej . Mengadap lappy tanpa mengenal erti jemu . Serta beramah mesra dengan housemate aku yang disayangi lagi dicintai ini .. huhuhu :) Senang cerita aku tak hang out mana mana la . Just manjakan diri di rumah je .

So disebabkan itulah aku mengisi masa lapang aku yang tengah terluang tu dengan menonton cerita and movie best best . Antaranya termasuklah cerita yang tengah meletop BOOM BOOM sekarang - Istanbul Aku Datang . Gandingan pelakon hebat - Tomok - Lisa Surihani - Beto Kusyairi -


Seriously comel tahap maksimum la watak si Lisa dalam cerita ni . Dah la Lisa tu memang dah comel . Bila dah buat muka bagai lagi comel plus plus la muka dia ... Lisa punya dressing dalam IAD pun tersangatla comel !! huhu .. Tomok pulak aku memang peminat dia . Tapi aku paling tak suka watak dia dalam cerita ni . Menyampah aku . Tambah tambah kat part ni .. Memang la nampak sweet tapi ...^#@&$


Lain pulak dengan watak si Beto tu . Even watak dia nampak selekeh dalam IAD , tapi dia baik . Aku suka . Best kalau dapat kawan yang understanding macam tu . :)
BTW aku suka movie ni . Tahniah Grand Brilliant atas penghasilan movie yang sangat awesome ! :)

*aku suka tengok blog Lisa dalam IAD . Seriously cantik and sangat comel !!