SUPPORTERS

Monday 10 December 2012

REMAJA dan CINTA ♥♥♥

Assalamualaikum ..

Berbekalkan mata ampa yang baru lepas menghadap title untuk post aku kali ni dah cukup melambangkan betapa jiwangnya aku kan ?? HAHA .. jangan mimpilah . aku buat post ni pun sebab aku rasa kebanyakan pembaca blog aku ni semuanya still remaja dan masih dalam usia untuk mengenal apa itu cinta *acewahh .. ayat memang tak boleh blah* So, kebetulan pulak tadi time tengah melayan blog-blog , aku terbaca artikel yang sangat menarik bagi aku . Tapi kalau bagi ampa tak menarik , suka hatila .. kisah pulak aku kan ..
Okei aku just copy paste and edit sikit sikit je ayat dalam artikel tu . Yela aku ni bukan nya ambik bidang sastera pun yang nak terror sangat buat ayat sweet sweet ni . tambah tambah bab cintan cintun . 
Dengan segala hormatnya , dipersilakan baca .

***********************************************

Cinta ketika remaja , adakah ia perlu , harus atau tidak ? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan tahu bagaimana untuk mengawal perasaan cinta itu ?

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan terutamanya bagi golongan remaja . Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka .

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama sesama bercinta . Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik . 

Ramai pasangan yang melafazkan cinta , tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta . Alam percintaan sememangnya indah , bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta , dunia ini ibarat mereka yang punya * bak kata orang kentut pun wangi macam downy. kihkihkih*

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin . Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak akan membawa kepada kekecewaan .

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi manakala bagi lelaki pula cinta adalah suatu peristiwa atau suatu kejadian dan bukannya emosi . Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung . Oleh itu bagi lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita , maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa .

Oleh sebab itu , lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita , tidak kiralah melalui apa sekalipun , sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri , ikatan tali pertunangan , mahupun melalui pernikahan , maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut sebut lagi .

Berlainan pula dengan wanita mereka mahu sentiasa mendengar kata kata belaian kasih dibisikkan di telinga mereka walaupun beribu kali dalam sehari . Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah 'Cinta' bagi lelaki dan wanita . 


Ruangan sejenak - Even aku dah berapa bulan single boleh je hidup . So rasanya tak perlulah kot nak bercinta tambah tambah buat adik adik yang still kat bangku sekolah tu . Fokus study dulu ye sayang 

No comments:

Post a Comment